Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Perkasa industri animasi, tingkat pertumbuhan ekonomi digital -Animas

today7 July 2025

Background


PETALING JAYA – Industri filem animasi di negara mampu menjadi penyumbang utama kepada ekonomi digital negara kerana mempunyai potensi besar bukan sahaja dalam negara malah untuk dieksport.

Malah kata Presiden Animas, Zahrin Zamzuri, industri tersebut ketika ini paling terkehadapan berbanding negara ASEAN lain serta mendapat sambutan tinggi dalam kalangan penonton.

Zahrin

Sebagai contoh katanya, industri itu telah mencipta sejarah baru apabila tayangan filem Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) baru-baru ini telah meraih kutipan RM 60 juta di pawagam.

“Ia adalah kutipan tertinggi dalam rekod tayangan filem animasi terbitan Malaysia setakat ini sekaligus membuktikan bahawa industri animasi semakin berkembang dan mendapat sokongan kuat rakyat Malaysia,”katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Zahrin berkata, walaupun potensi filem animasi sangat besar, namun hanya beberapa filem animasi sahaja yang mampu dihasilkan oleh produksi animasi tempatan.

“Jika dilihat kepada…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post