Sepanjang OHSEM360, peserta berpeluang menyertai sesi bersama lebih 25 pakar industri yang dijadualkan membincangkan topik-topik kritikal seperti automasi, pemasaran digital, transformasi jualan dan integrasi AI dalam operasi perniagaan.
Selain itu, lebih 40 reruai pameran teknologi akan mempamerkan pelbagai solusi terkini khusus untuk membantu PMKS mengoptimumkan operasi mereka.
Platform e-dagang TikTok Shop turut dilantik sebagai platform rasmi bagi acara tahun ini dengan peranan mengendalikan bengkel khas untuk membantu usahawan memanfaatkan platform digital secara lebih strategik.
Dalam usaha menggerakkan ekosistem perniagaan yang lebih lestari, OHSEM360 turut menjadi platform pelancaran inisiatif baharu MyDataHub.Ai, sebuah platform berkuasa AI yang direka khusus untuk memperkasa PMKS melalui data.
Inisiatif ini memperkenalkan dana pembiayaan berasaskan jualan bernilai RM50 juta bagi membantu PMKS meningkatkan capaian pemasaran dan akses kepada pendanaan secara…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: