Perkataan ‘ketimbang’ yang sering digunakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal dimasukkan dalam Kamus Dewan Perdana Edisi Kedua.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam satu kenyataan berkata, ketimbang merupakan kata sendi nama yang bermaksud menyatakan atau menunjukkan perbezaan atau perbandingan antara sesuatu.
Baca Juga:
“Carian kata ini boleh dibuat melalui portal Pusat Rujukan Persuratan Melayu (prpm.dbp.gov.my) melalui kategori Kamus Dalam Talian,” katanya di laman Facebook rasmi.
Perkataan ‘ketimbang’ menjadi bualan hangat dalam kalangan warga maya apabila Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid menyindir laras bahasa yang digunakan oleh Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2025.
Rosol membangkitkan isu berkenaan dalam Dewan Rakyat dengan mendakwa bahawa istilah ‘ketimbang’ itu tiada dalam kamus DBP.
Sebaliknya Rosol berkata, menerusi carian dalam Internet, perkataan tersebut membawa…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: