Site icon Kool FM

Perkhidmatan 360 darjah Hotel WEIL


DIMILIKI oleh Kumpulan Thong Fook yang sememangnya terkenal dengan produk kacang jenama Pagoda sejak 1945, Hotel WEIL telah berusia lebih 10 tahun terletak di kawasan strategik di Ipoh.

Bertaraf lima bintang, hotel yang mendapat anugerah Bintang Meningkat 2024 (Rising Star 2024) Trip.com ini menawarkan 313 buah bilik dengan keluasan lantai kasar bangunan 54,978 meter.

Menariknya ia bersebelahan pusat beli-belah, Ipoh Parade dengan kemudahan tempat letak kenderaan tiga tingkat, disokong sekitar 240 tenaga kerja yang sebahagian besarnya merupakan rakyat negara ini.

Pengarah Urusan Hotel WEIL, Liew Yu-Wei berkata, hotel itu bukan sekadar lokasi penginapan semata-mata tetapi menawarkan kepelbagaian makanan, tempat bermain, istirahat, penganjuran acara skala besar, janji temu perniagaan dan beli-belah.

“Wawasan Hotel WEIL ialah menjadi pusat setempat bersifat 360 darjah kepada pelanggan kami tanpa meminggirkan kualiti dalam hospitaliti dan elemen persekitaran, sosial dan tadbir urus…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version