Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Perkhidmatan Doktor Udara Tidak Dihentikan’ – Dzulkefly

today9 September 2026

Background


Tragedi nahas helikopter perkhidmatan Doktor Udara berhampiran STOLport Long Lellang, Sarawak, baru-baru ini sememangnya menyentuh perasaan seluruh rakyat Malaysia.

Di sebalik duka yang melanda, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan bahawa Perkhidmatan Doktor Udara tidak akan dihentikan memandangkan ia merupakan satu-satunya talian hayat utama bagi komuniti pedalaman.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan tugasan yang digalas oleh wira-wira kesihatan ini sebagai misi kemanusiaan yang amat kritikal.

Helikopter jenis BO-105 yang berlepas dari Miri itu membawa seorang juruterbang bersama empat petugas KKM iaitu seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan, dan dua orang jururawat yang sedang menjalankan tugas rasmi.

Perkhidmatan Doktor Udara yang telah bertapak di Sarawak sejak tahun 1973 ini menjadi tempat bergantung ribuan penduduk di hampir 100 lokaliti terpencil merangkumi kawasan Kapit, Miri, dan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post

Luar Negara

Anak Krakatau meletus: Pelitup muka paling ‘berharga’

Jakarta: Letusan Gunung Anak Krakatau di Selat Sunda mencetuskan pembelian panik pelitup muka dalam kalangan masyarakat apabila permintaannya meningkat hingga bekalan di beberapa premis dilaporkan berkurangan dan harga melonjak dalam tempoh singkat. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today9 September 2026