Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Perkhidmatan Feri Percuma Di Pulau Pinang Sempena Thaipusam

today16 January 2024

Background
Perkhidmatan Feri Percuma Di Pulau Pinang Sempena Thaipusam


Sempena perayaan Thaipusam tak lama lagi, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Penang Port Sdn Bhd (Penang Port) akan menawarkan perkhidmatan feri percuma bermula 12.01 tengah malam 24 Januari hingga 2 pagi 26 Januari bagi memudahkan perjalanan penganut agama Hindu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, penggunaan perkhidmatan feri, yang buat kali pertama akan beroperasi 24 jam, diharapkan dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di sebelah pulau, petik Buletin TV3.

Artikel Berkaitan:

“Selepas penumpang feri tiba di terminal feri Pangkalan Raja Tun Uda, ada bas Rapid Penang yang turut memberikan perkhidmatan percuma kepada mereka.

“Bas akan berhenti di lokasi sembahyang dengan destinasi akhir di Kuil Arulmigu Balathandayuthapani,” katanya dalam sidang media selepas Majlis menandatangani memorandum persefahaman Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang bagi pembangunan sebahagian Lot Bandar Prai hari ini.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Hiburan Semasa

Awal kritik individu anggap pelajaran tak penting

Bangi: Pengacara popular, Awal Ashaari, 43, kecewa dengan pandangan seorang penyanyi muda yang juga pempengaruh media sosial yang mendakwa menjalani pembelajaran di sekolah tidak penting, sebagaimana dirinya kini sudah berjaya dalam hidup. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today16 January 2024