Terdahulu, beliau dalam lawatan kerja sehari ke Thailand telah bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pengangkutan Thailand, Suriya Juangroongruangkit.
Beliau juga sempat melawat Stesen Bang Sue Central Terminal dan mendengar taklimat mengenai perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi.
Difahamkan, beliau turut memaklumkan bahawa pihak Thailand mencadangkan sambungan perkhidmatan kereta api dari Sungai Golok ke Rantau Panjang dan Pasir Mas.
“Kita memerlukan masa untuk membuat persediaan bagi menghidupkan semula landasan antara Sungai Golok, Rantau Panjang, dan Pasir Mas ini.
“Ini kerana projek pemuliharaan trek perlu dilakukan terlebih dahulu ke atas landasan kereta api di Rantau Panjang dan Sungai Golok yang sudah lama tidak digunakan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berpendapat cadangan tersebut sebagai langkah positif yang berpotensi meningkatkan ekonomi serta pendapatan penduduk setempat.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
