PETALING JAYA – Pos Malaysia kembali menyediakan perkhidmatan penghantaran antarabangsa bagi mel dan bungkusan bermula semalam.
Khidmat itu meliputi 56 negara destinasi, antaranya Australia, Austria, Bahrain, Belgium, Bulgaria, China, Croatia, Cyprus, Republik Czech, Denmark, Mesir, Ethiopia, Perancis, Jerman, Greece, Hong Kong, Hungary, India, Indonesia, Iran, Iraq, Ireland, Itali, Jepun, Jordan, Kuwait, Lebanon dan Maldives.
Selain itu, penghantaran turut disediakan ke Maghribi, Belanda, Norway, Oman, Pakistan, Filipina, Poland, Portugal, Qatar, Romania, Russia, Arab Saudi, Serbia, Singapura dan Afrika Selatan.
Ia juga meliputi Korea Selatan, Sepanyol, Sri Lanka, Sudan, Sweden, Switzerland, Taiwan, Thailand, Tunisia, Turki, Ukraine, Emiriyah Arab Bersatu dan United Kingdom,
Menurut Pos Malaysia, perkhidmatan tersebut terhad kepada destinasi tertentu ekoran limitasi penerbangan antarabangsa disebabkan pandemik Covid-19.
“Negara destinasi terpilih adalah berdasarkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: