Selepas setahun memuat naik hantaran video di TikTok yang memperlekehkan orang Melayu malas, Mariyah Yaakob atau lebih dikenali sebagai ‘Mak Cik Kemboja’ didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Memetik Berita Harian, Mahkamah sama bagaimanapun membebaskan anak lelakinya, Ezuan Hafsham Mohd Hisyam, 23, dengan bon jaminan berkelakuan baik RM10,000 tanpa cagaran selama setahun beserta seorang penjamin warga Malaysia atas kesalahan memulakan hantaran komunikasi video itu di media sosial.
Baca Juga:
Hakim Azaraorni Abd Rahman memutuskan hukuman itu selepas Mariyah, 48, dan Ezuan Hafsham masing-masing menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan dihadapi mereka pada perbicaraan kes hari ini.
Dalam penghakimannya, beliau membuat pertimbangan maksimum fakta kes, rayuan dan hujah pendakwaan serta memerintahkan Mariyah dipenjara enam bulan jika ingkar membayar denda itu, namun tertuduh melangsaikannya.
Terdahulu, Pengarah Pendakwaan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: