Kerajaan Perlis kini memutuskan bahawa bermula 1 Februari 2024 kelak akan diwajibkan untuk setiap papan tanda premis perniagaan, serta iklan di Perlis mempunyai tulisan jawi padanya.
Pelaksanaan ini tertakluk kepada permohonan baharu bagi mana-mana premis perniagaan dan juga papan tanda iklan, tanpa menganggu papan tanda iklan yang sedia ada. Ini bermakna, sekiranya premis perniagaan sedia ada masih elok tetapi tiada tulisan jawi, maka ia masih dibenarkan digunakan.
Artikel Berkaitan:
Sebaliknya, sekiranya ingin menggantikan papan tanda premis perniagaan yang sudah rosak atau pudar ke baru, maka mereka diwajibkan untuk menyertakan tulisan jawi pada papan tanda perniagaan berkenaan.
Ini merupakan sebahagian usaha kerajaan negeri dalam terus memperkasakan dan mendedahkan tulisan jawi kepada semua lapisan masyarakat di negeri Perlis.
“Kita juga akan menubuhkan satu unit baharu di Majlis Perbandaran Kangar (MPK) bagi memantau serta meneliti setiap permohonan baharu bagi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: