Kuantan: Syarikat korporat, badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan dari luar Pahang yang merancang menghantar bantuan bencana kemanusiaan ke negeri itu perlu mengemukakan dua dokumen sebelum dibenarkan merentas negeri.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, dua dokumen yang diperlukan itu adalah pengesahan surat kelulusan merentas negeri dan sistem ebanjir.gov.my.
Menurutnya, kedua-dua dokuken itu perlu dipamerkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sempadan negeri…