Site icon Kool FM

Permintaan Gaji ‘Tak Masuk Akal’ Gagalkan Usaha De Gea Ke Genoa

De Gea Genoa


Pencarian kelab baharu buat bekas penjaga gol Manchester United, David De Gea terpaksa diteruskan selepas beliau gagal mencapai kata sepakat bersama Genoa.

Perkembangan terkini itu disahkan Goal yang mengatakan nilai gaji diminta De Gea tidak masuk akal hingga membuatkan kelab saingan Serie A itu menamatkan perbincangan.

Baca Juga:

Berikutan keadaan tersebut, Genoa yang dibimbing Alberto Gilardino terus melupakan hasrat untuk membawa penjaga gol berusia 33 tahun itu dan kini sedang mencari calon lain.

De Gea sebelum ini mempunyai reputasi yang hebat sepanjang menyarung jersi Manchester United sehingga pernah dianggap sebagai salah seorang penjaga gol terbaik dunia.

Namun, walaupun memenangi sarung tangan emas pada musim terakhirnya di United, beliau memilih untuk meninggalkan pasukan pada musim panas lalu, dengan Red Devils menandatangani Andre Onana.

Keadaan yang menyebabkan sudah semusim beliau tidak beraksi di pentas kompetitif dan masih…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version