KUALA LUMPUR – Sime Darby Property Berhad kekal optimis dengan prospek industri hartanah domestik, meskipun menjangkakan akan ada kenaikan dalam kos pinjaman perumahan susulan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia esok.
Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Azmir Merican berkata, industri telah beroleh manfaat daripada persekitaran kadar faedah yang rendah buat sekian lama dan meskipun peningkatan berlaku, ia dijangkakan pada kadar yang kompetitif.
“Saya fikir kita masih dalam suasana yang mana kadar faedah adalah sederhana dan pada harga yang baik, jadi permintaan akan kekal ada.
“Dua cabaran utama yang dihadapi industri tahun ini ialah kenaikan bahan binaan, diharap ia akan kembali stabil apabila rantaian bekalan kembali normal dan satu lagi ialah kekurangan tenaga buruh yang merupakan satu isu utama bagi kami,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas pelancaran inisiatif digital dan solusi pembiayaan hijau untuk pembeli hartanah menerusi memorandum…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
