KUALA LUMPUR – Perniagaan berkaitan perkhidmatan menguruskan umrah seringkali memerlukan mutawwif dan mutawiffah berpengalaman khususnya individu yang terlibat dalam bidang pengajian agama, bahasa arab, sejarah nabi dan pelbagai lagi.
Sehubungan itu, peluang kerja dalam bidang berpotensi tersebut agak terhad dan memberi kesukaran kepada mereka yang tiada kemahiran tersebut.
Bagaimanapun, idea, kreativiti dan inovasi yang dibangunkan oleh pemilik syarikat UAF Manasik Resources, Abdullah Feisal yang menganjurkan Kem Mutawwif Integrasi (KMI) baru-baru ini telah membuka ruang dan peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang tersebut meskipun tidak memiliki kelulusan dalam pengajian agama apatah tidak pandai berbahasa Arab dan berpengetahuan dalam bidang pengurusan umrah.

Menurut beliau, idea pembangunan KMI telah mula tercetus sejak lapan tahun lalu dan ia menjalani pelbagai fasa kajian dan pelbagai lagi cabaran hinggalah program tersebut berjaya direalisasikan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: