Dalam pada itu, Berita Harian juga melaporkan prosiding lafaz cerai pelakon itu terhadap isteri, ditangguhkan kepada 5 Mei depan berikutan wanita itu dalam keadaan tidak suci.
Edika memberitahu dia perlu hadir semula ke mahkamah bagi melafazkan cerai terhadap Nor Hidayah.
“Saya sudah sampai ke tahap reda. Hari ini, saya sedia lafazkan talak tetapi isteri tidak suci. Saya sebenarnya mahu kami ikuti sesi kaunseling, namun, isteri tetap dengan keputusan bercerai.
“Dia tidak mahu pergi kauseling. Saya tidak boleh buat apa-apa lagi. Bukan tak pujuk, kiriman WhatsApp dan panggilan tidak dibalas. Sebenarnya, kami belum pernah pergi kauseling. Jadi, kita tunggu sahaja 5 Mei kalau itu (cerai) yang dia minta,” katanya
Ditanya mengenai punca Nor Hidayah memohon cerai atas dakwaan mengasari wanita itu, Edika berkata, apa yang didakwa isteri agak keterlaluan.
“Maksudnya, saya cakap lain, tetapi dia anggap lain. Mungkin saya ada kesilapan sampai dia bersangka buruk. Sebagai suami dan ketua…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: