Site icon Kool FM

PERMOHONAN TABUNG BANTUAN SENI (TBS) KINI DIBUKA

Balai Seni Negara mengumumkan permohonan Tabung Bantuan Seni (TBS) 2025 kini dibuka kepada semua penggiat seni visual tanah air.

Tabung Bantuan Seni diwujudkan sebagai usaha membantu para penggiat seni rupa, pelukis dan karyawan seni untuk mengikuti pelbagai bentuk program, kursus dan latihan atau menjalankan aktiviti-aktiviti seni sama ada dalam atau luar negara.

Penilaian kertas kerja program dibuat secara berperingkat, 4 kali setahun iaitu 14 Februari, 16 Mei, 15 Ogos dan 14 November 2025. Permohonan perlu dihantar sebelum tarikh penilaian.

Permohonan TBS ini terbuka kepada semua penggiat seni visual WARGANEGARA MALAYSIA sahaja.

Maklumat lanjut di www.artgallery.gov.my

Exit mobile version