Site icon Kool FM

Pernah Bermain Sebagai ‘Striker’ UM, Perkongsian Dr Adham Baba Ini Undang Perhatian Netizen


Semalam telah berlangsungnya Hari Sukan Negara di mana orang ramai seluruh Malaysia telah mengambil bahagian untuk bersukan pada hari tersebut. Sambutan pada tahun ini nampaknya berjaya disambut dengan meriah mengikut SOP yang ditetapkan.

Bersempena dengan Hari Sukan Negara, Dr Adham Baba selaku Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi nampaknya turut mengambil peluang dalam berkongsi kisah silam beliau melalui platform TikTok.


Menerusi perkongsian, beliau memaklumkan sukan sememangnya dekat di hati beliau. Lebih mengejutkan ramai, beliau memaklumkan turut bermain di posisi penyerang sewaktu di Universiti Malaya. Dr Adham juga turut berkongsi beberapa gambar sewaktu bergelar pelajar dan mahasiswa.

@dradhambaba

Sempena Hari Sukan Negara hari ini, saya nak kongsi— ramai tak tahu saya aktif dalam sukan bola sepak sejak di Sekolah Rendah Inggeris Rengit, High School Batu Pahat dan Universiti Malaya. Geng bola komen di bawah. Selamat Hari Sukan Negara! 🇲🇾

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version