Kool FM

Pernah Dikaitkan Dengan Malaysia, Josh Brownhill Jadi Rebutan Kelab EPL


Pemain tengah yang pernah dikaitkan dengan Malaysia, Josh Brownhill dilaporkan menjadi rebutan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL).

Brownhill bergelar ejen bebas selepas meninggalkan Burnley pada hujung musim 2024/2025 sekaligus tidak terikat dengan mana-mana kelab.

Baca Juga:

Sebelum ini, Brownhill yang terkenal kerana gaya permainan versatile itu telah menolak tawaran dari kelab Liga Perdana Wolves dan kelab Kejuaraan iaitu Leicester City.

Josh Brownhill Jadi Rebutan

Josh Brownhill
Sumber Gambar: Football League World

Menurut laporan, Leed United muncul sebagai kelab terbaru yang berminat untuk mendapatkan khidmat Brownhill.

Leeds, yang sedang berusaha untuk bertahan di EPL dilihat boleh mendapat manfaat daripada pengalaman Josh Brownhill.

Pemain itu membuat 177 penampilan untuk Burnley, di mana dia menjaringkan 11 gol dan memberikan 16 assist.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version