Paul Pogba kecam Juventus yang dianggap melayannya dengan kejam. Menurut Paul Pogba, kelab itu langsung tidak memberikannya sebarang sokongan.
Pogba akui terkilan dengan Juventus, kerana pemain itu rela menolak tawaran kontrak lebih besar di Man United untuk menyertai kembali kelab itu secara percuma.
Paul Pogba, bekas bintang Juventus dan Manchester United, akhirnya bercakap secara terbuka selepas melengkapkan tempoh penggantungan dopingnya dan membuat persiapan untuk memulakan karier baharu bersama AS Monaco di Ligue 1.
Pada Februari 2024, Pogba digantung selama empat tahun selepas ujian menunjukkan kandungan testosteron bukan semulajadi.
Juventus segera mencari kesepakatan untuk penamatan kontrak atas persetujuan bersama.

Pada Oktober 2024, Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) mengurangkan penggantungan itu kepada 18 bulan, membolehkannya kembali menyertai latihan pada Januari 2025 dan layak beraksi sekitar Mac 2025.
Pogba kecewa Juventus…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: