Site icon Kool FM

Pernas cadang buka 80 cawangan Gloria Jean’s Coffees


PETALING JAYA – Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) melalui anak syarikatnya, Wonderful Lifestyle Sdn. Bhd. (WLSB) yang merupakan pemegang francais induk jenama Gloria Jean’s Coffees, menyasarkan untuk membuka sehingga 80 cawangan baharu jenama kopi premium tersebut dalam tempoh lima tahun.

Pengerusi Pernas, Datuk Hazimah Zainuddin berkata, pengembangan rangkaian Gloria Jean’s Coffees bertujuan untuk memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan yang semakin bertambah setiap tahun.

Dalam masa yang sama, dapat menawarkan peluang pekerjaan kepada komuniti setempat di mana cawangan baharu tersebut dibuka.

“Bakal usahawan perlu merebut peluang untuk menceburi industri kopi premium melalui mengusahakan outlet Gloria Jean’s Coffees.

“Ia menawarkan peluang kerjaya untuk menjadi francaisi yang mana jenama ini merupakan satu-satunya jenama gourmet coffee antarabangsa yang menawarkan sistem francais di Malaysia yang mana ia boleh menggalakkan lebih ramai menceburi bidang ini dan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version