Site icon Kool FM

Pernas labur RM1 bilion dalam syarikat tempatan


PETALING JAYA – Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) telah membuat pelaburan berjumlah hampir RM1 bilion bagi membantu pembangunan syarikat tempatan, menurut Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Saraswathy Kandasami.

Jelasnya, sejak skim pelaburan Pernas diperkenalkan mulai tahun 1998 sehingga kini, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) itu telah melabur dalam 86 syarikat, dengan jumlah pelaburan sebanyak RM977 juta.

“Bagi tempoh lima tahun iaitu dari tahun 2021 sehingga tahun 2025, Pernas telah memperuntukkan RM300 juta, atau RM60 juta setahun bagi pelaburan ekuiti ke dalam syarikat-syarikat yang berdaya saing termasuk dari sektor runcit, makanan, perkhidmatan dan pendidikan.

“Terbaharu, Pernas memberikan suntikan pelaburan berjumlah RM5 juta kepada FTW Racing sebagai usaha untuk membantu jenama ini ke arah francais,” katanya pada Majlis Perasmian Outlet Korporat dan Aplikasi FTW Racing di Jalan Kemajuan, dekat sini petang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version