PETALING JAYA – Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) memperuntukkan sejumlah RM50 juta khusus untuk Skim Pembiayaan Francais dan Pra Francais bagi tahun 2023.
Pernas telah meluluskan pembiayaan kepada 66 syarikat francais di Sabah melibatkan jumlah RM14,667,149 juta sejak 2009, termasuk jenama Mok Corner yang melancarkan penjenamaan semula kelmarin.
Mok Corner telah menerima pembiayaan sebanyak RM1 juta sejak tahun 2019 dan menerusi bimbingan Pernas, ia mendapat lesen francais pada 2016 dan kini mempunyai 39 cawangan, yang mana 18 cawangan dijalankan oleh francaisi.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, perkembangan jenama Mok Corner menunjukkan jenama tempatan semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat, membuktikan kemampuannya untuk bersaing dengan jenama francais antarabangsa.
“Kemunculan jenama francais tempatan dari Sabah seperti Kak Nong, Al-Hadanah, Sinar Suria, Nuvis, Fook Yuen dan Daily Electronic Centre (DEC) turut…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: