Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Pernas sasar agih pembiayaan RM35 juta tahun ini

today3 April 2025

Background


KUALA LUMPUR – Perbadanan Nasional Bhd. (Pernas) me­nyasarkan untuk mengagihkan pembiayaan berjumlah RM35 juta tahun ini dalam usaha membantu perniagaan francais terus berkembang dan kebal berdepan cabaran ekonomi semasa.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tengku Mohamed Fadhli Tengku Hamzah berkata, pihaknya mengambil maklum beberapa cabaran ekonomi yang boleh mendatangkan kesan kepada industri francais, terutamanya dari segi keupayaan masyarakat untuk berbelanja, jadi beberapa langkah bakal dilaksanakan supaya perniagaan tidak begitu terbeban.

“Tahun ini, Pernas akan meneruskan fokus kepada soal pembangunan usahawan termasuk melalui program Business In Transformation (BIT) dan ­Xcelerator.

“Jadi apabila ekonomi sema­kin pulih perniagaan mampu memanfaatkan peluang yang muncul untuk bergerak ke hadapan.

“Menerusi BIT yang merupakan program prafrancais misalnya, kami cuba meneroka perniagaan yang sesuai untuk melaksanakan model francais lebih mampu milik, ini kerana…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post