
PETALING JAYA – Ekosistem perniagaan mikro di Malaysia kini semakin tertekan apabila aktiviti rokok seludup terus menguasai pasaran dan menganggu perusahaan kecil sah yang beroperasi dalam komuniti tempatan.
Persatuan Perniagaan Mikro Malaysia (MAMBA) berkata, perniagaan mikro terdiri daripada peruncit kecil, kedai runcit, kedai kopi dan kios kejiranan adalah nadi kepada ekonomi berasaskan komuniti di Malaysia, dengan menyediakan barangan keperluan harian di bandar dan kawasan kejiranan.
Setiausaha Agung persatuan tersebut, Alvin Low Wei Yan merujuk kepada statistik daripada NielsenIQ bertajuk Kajian Rokok Haram tahun 2025 memaklumkan bahawa rokok seludup menguasai kira-kira 54.4 peratus daripada jumlah penggunaan rokok di seluruh negara, ia memberi cabaran kepada kumpulan perniagaan tersebut.
“Ini menunjukkan bagaimana pasaran tembakau tidak sah yang besar boleh menjejaskan persaingan dan mewujudkan cabaran kepada usahawan mikro yang beroperasi dalam persekitaran…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: