Site icon Kool FM

Perniagaan perlu terus berkembang walaupun OPR naik lagi


PETALING JAYA – Perusahaan kecil dan sederhana (PKS)  dinasihatkan mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan operasi dan perniagaan mereka terus berkembang untuk mengurangkan tekanan daripada semakan menaik terkini Kadar Dasar Semalaman (OPR)  kepada 2.50 peratus seperti yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Presiden Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Aria Putera Ismail berkata, semakan  menaik yang terbaharu ini mengesahkan pendirian BNM dalam menormalisasikan OPR secara beransur-ansur untuk mengekang tekanan inflasi.

Inflasi negara telah meningkat kepada 4.4 peratus terutamanya disebabkan oleh inflasi makanan yang melonjak kepada tujuh peratus tahun ke tahun pada Julai 2022, berbanding purata lima tahun pra-pandemik sebanyak tiga peratus.

“Walaupun trend OPR menaik, ekonomi Malaysia terus mencatat pertumbuhan positif. Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia berkembang dengan kukuh sebanyak 8.9 peratus  berbanding 5.0 peratus pada suku…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version