Site icon Kool FM

Perodua Tawar Pemeriksaan Percuma, Diskaun Dan Rebat Untuk Kenderaan Mangsa Banjir




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Perodua menawarkan rebat perkhidmatan tunda, diskaun ke atas alat ganti terpilih dan pemeriksaan percuma untuk pemilik kenderaan Perodua yang terjejas akibat banjir.

Pelanggan Perodua juga boleh menuntut perkhidmatan menunda sehingga maksimum RM100 di kedai servis Perodua berdasarkan syarat yang dikenakan, kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

“Selain itu, Perodua juga menawarkan potongan 20 peratus pada alat ganti terpilih kepada pemilik Perodua yang kenderaannya rosak akibat banjir,” katanya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, perkhidmatan nilai tambah ini disediakan bagi meringankan beban yang perlu ditanggung oleh pelanggan ketika bencana itu.

“Walaupun beberapa pusat perkhidmatan kami juga terjejas akibat banjir, pelanggan digalakkan untuk merujuk kepada mana-mana cawangan perkhidmatan kami di seluruh Malaysia dalam…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version