PETALING JAYA – Kumpulan DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) mencatat perolehan bernilai RM2.62 bilion untuk tempoh tiga
bulan berakhir 30 Jun 2021 (SK2 21) dengan peningkatan 30.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2021 (SP1 21), perolehan dicatat pada RM6.13 bilion iaitu naik 29.4 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Kumpulan merekodkan kerugian pra-cukai sebanyak RM279.53 juta untuk tempoh SK2 21, manakala kerugian pra-cukai bagi SP1 21 berjumlah RM243.22 juta.
“Ini merupakan pemulihan jika dibandingkan dengan nilai kerugian yang lebih tinggi bagi tempoh-tempoh yang sama dalam TK2020, yang mana masing-masing mencatatkan kerugian lebih besar pada RM365.80 juta dan RM511.11 juta,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, meskipun mengalami tekanan jualan akibat perlaksanaan perintah-perintah kawalan pergerakan bagi mengekang penyebaran wabak Covid-19, pendapatan sektor automotif DRB-HICOM meningkat 52 peratus berbanding…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: