Site icon Kool FM

Persembahan Kat Roshan & Meer Nash Pukau Mata Penonton Di China


Kat Roshan yang juga artis di bawah syarikat rakaman Universal Music Malaysia berkata, persembahan di pentas antarabangsa itu adalah satu pengalaman berharga sekali gus mengukuhkan lagi tapak di industri muzik.

“Sejujurnya, saya berasa amat beruntung dan bersyukur diberi peluang keemasan ini untuk mewakili Malaysia bersama Meer Nash.

Terima kasih Mr Ong Peng Chu kerana memberi peluang untuk kami beraksi dan menunjuk bakat mereka di pentas antarabangsa. pada masa ini adalah pengalaman terbaik dan berharga buat saya bagi mengkuhkan lagi tempat dalam industri muzik,” katanya dalam satu kenyataan media.

Berkenaan pemilihan lagu Wau Bulan, Kat menambah dia perlu mempelajari lagu itu dengan sebaiknya memandangkan ia dinyanyikan dalam loghat Kelantan.

“Pada awalnya untuk saya belajar menyanyi Wau Bulan dalam loghat Kelantan agak sukar, tetapi dengan keazaman dan selepas berkali-kali berlatih, saya tahu saya mampu lakukannya, apatah lagi bila saya tahu saya membawa nama Malaysia,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version