Kool FM

Pertama Di Malaysia, Pengunjung Kini Boleh Tunai Solat Jumaat Di Surau R&R Seremban


Kini pengguna Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan boleh menunaikan Solat Jumaat di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban.

Berita baik itu diumumkan menerusi Facebook PLUS Malaysia. Surau PLUS Madani diisytiharkan sebagai surau R&R pertama yang memperolehi kelulusan untuk Solat Jumaat.

Pertama Di Malaysia, Pengunjung Kini Boleh Tunai Solat Jumaat Di Surau R&R Seremban
Sumber Gambar: Facebook PLUS Malaysia

“Justeru, solat Jumaat akan mula didirikan di sini mulai 4 Julai 2025 bersamaan 8 Muharram 1447H.

“Inisiatif ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan beribadah yang lebih lengkap, khususnya kepada komuniti pekerja yang berkhidmat di kawasan R&R, penduduk sekitar Labu dan Seremban, serta pengguna lebuh raya yang berhenti untuk menunaikan solat Jumaat semasa dalam perjalanan.

“Semoga usaha ini memberi manfaat dan kemudahan kepada semua pengguna lebuh raya PLUS dan mengukuhkan lagi peranan R&R sebagai kawasan rehat dan rawat yang bukan sahaja selesa, tetapi juga mesra ibadah,” petik hantaran Facebook PLUS Malaysia.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version