Site icon Kool FM

Pertama Digital mahu tembusi pasaran Asia Barat


PETALING JAYA – Pertama Digital Berhad (Pertama Digital) optimis untuk menembusi pasaran Asia Barat menerusi penawaran penyelesaian digital yang ditawarkan oleh Kumpulan pada masa depan.

 Pengarah Strategiknya, Saify Akhtar berkata, ini bakal dilaksanakan melalui kerjasamanya dengan Majlis Perniagaan Malaysia-Arab Saudi (MSBC) melalui pengerusi yang memimpin majlis berkenaan.

“Kami menjangkakan dapat berkembang lebih meluas di seluruh dunia selepas Kumpulan secara aktif merancang dan mengembangkan jangkauan sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena pelantikan lembaga pengarah baharunya dalam Kumpulan iaitu  Tunku Syed Razman Syed Idrus Al-Qadri.

Tunku Syed adalah  Pengerusi MSBC  sejak tahun 2017. -KOSMO! ONLINE

 



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version