Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Pertama Digital muktamadkan pemilikan terbesar dalam Dapat

today9 September 2021

Background


PETALING JAYA – Pertama Digital Berhad melalui subsidiarinya, Television Airtime Services Sdn Bhd (TAS), telah memuktamadkan pemilikan lanjutan sebanyak 24 peratus saham biasa dalam syarikat DAPAT Vista (M) Sdn Bhd (Dapat) dari  HeiTech Padu Berhad (HTP).

Pada awal pengumuman Pertama Digital pada 23 Julai lalu, TAS telah melaksanakan pilihan kontrak untuk memiliki tambahan ekuiti sedia adanya sebanyak 56 peratus dalam Dapat.

Pemilikan tersebut berjaya dimuktamadkan kini menjadikan TAS memiliki 80 peratus kepentingan sekali gus menjadi pemegang saham majoriti Dapat.

Pengarah Strategi Pertama Digital, Saify Akhtar berkata, perniagaan Dapat kini semakin berkembang dalam tempoh pandemic Covid-19 yang menjurus kearah digital berbanding hubungan fizikal.

“Langkah menambah kepentingan dalam Dapat sebagai pemegang saham terbesar akan membolehkan Kumpulan mengembangkan asas perniagaan Pertama Digital,” katanya dalam kenyataan.

Disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia Securities…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post