Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor akan menganjurkan Program Penyemarakan Seni Budaya : Pencungkilan Bakat ‘Pertandingan Kompang Tradisi Johor” pada 10 & 11 Oktober 2025 bertempat di Dataran Bangunan Sejarah Parit Sulong, Batu Pahat bermula dari 9.00 pagi – 11.00 malam.
Pelbagai aktiviti sisipan disediakan untuk pengunjung antaranya Malam Riuh Sekampung, Pertandingan Deklamasi Puisi, Pertandingan Rentak Zapin Kanak-Kanak Zon Utara Negeri Johor, Pertandingan Mewarna Keluarga, Persembahan Artis Jemputan Shafie Rio dan Rahmad Mega serta banyak lagi. Orang ramai semua dijemput hadir.

