PETALING JAYA – Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad [MR D.I.Y.] telah melancarkan edisi 2023 pertandingan seni bertemakan panas atau sejuk dengan tawaran hadiah lumayan berjumlah lebih daripada RM45,000.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, melalui pertandingan tersebut, syarikat mengundang bakat seni dari seluruh negara untuk meluahkan fikiran, interpretasi, bentuk, dan ekspresi kreatif mereka mengenai topik ini dan menterjemahkannya ke atas kanvas.
“Penterjemahan hasil seni tersebut boleh dibuat berdasarkan makna sebenar iaitu berasa panas atau sejuk, atau dengan pengertian dan konotasi yang lebih mendalam, misalnya dengan merujuk kepada topik seperti yang digunakan dalam sastera atau bahasa deskriptif, serta isu semasa seperti perubahan iklim dan alam sekitar,” jelasnya.
Hadiah lumayan itu akan diagihkan kepada 20 pemenang dalam pelbagai kategori, termasuk hadiah utama, anugerah pilihan juri dan anugerah pilihan CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) serta beberapa kategori baharu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
