PETALING JAYA – ASEAN+3 Macroeconomic Research Office (AMRO) mengunjurkan ekonomi negara akan kembali pulih pada tahun hadapan, seterusnya merekodkan pertumbuhan kukuh keluaran dalam negara kasar sebanyak 6.7 peratus.
Ketua Ahli Ekonomi AMRO, Hoe Ee Khor berkata, untuk tahun ini, pihaknya menjangkakan pertumbuhan ekonomi Malaysia berada pada paras 4.1 peratus, lebih tinggi berbanding jangkaan Bank Negara Malaysia iaitu antara tiga dan empat peratus.
“Kita sedar Malaysia sememangnya dilihat bergelut untuk mengekang pertambahan kadar jangkitan Covid-19 tahun ini.
“Bagaimanapun Malaysia telah menjadi antara negara yang merekodkan kadar vaksinasi yang paling pantas di dunia dan ini dilihat merupakan faktor paling penting untuk pemulihan semula ekonomi.
“Saya berpandangan ekonomi Malaysia mampu pulih kembali tahun depan,” katanya ketika membentangkan laporan terkini Tinjauan Ekonomi Serantau ASEAN+3 2021 yang diadakan secara maya semalam.
Dalam laporan tersebut, AMRO…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
