PETALING JAYA – Leon Fuat Berhad (Leon Fuat) mencatat keuntungan sebelum cukai (PBT) RM6.65 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2025 (S2 TK2025) naik 40.2 peratus berbanding RM4.74 juta suku tahun sebelumnya dan hampir tiga kali ganda daripada suku sebelumnya yang terdekat iaitu suku pertama TK2025 (S1 TK2025).
Bagi S2 TK2025, Kumpulan mencatatkan hasil sebanyak RM228.84 juta, lebih tinggi sedikit berbanding RM227.00 juta pada S2 TK2024.
Keuntungan kasar meningkat 14.4 peratus tahun ke tahun kepada RM24.12 juta pada S2TK2025, disokong oleh margin keuntungan kasar yang lebih tinggi sebanyak 10.5 peratus berbanding 9.3 peratus pada suku yang sama tahun lepas.
Keuntungan selepas cukai (PAT) pula adalah sebanyak RM5.37 juta, peningkatan sebanyak 33.3 peratus.
Pengarah Eksekutif Leon Fuat Calvin Ooi Shang How berkata, prestasi semasa digalakkan oleh lantunan semula suku-ke-suku yang kukuh, terutamanya pertumbuhan dalam volum jualan dan margin keseluruhan yang menyokong…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: