
PETALING JAYA – Permintaan dalam negeri yang berdaya tahan dan eksport berterusan dijangka akan terus menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun ini, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Katanya, di dalam negeri, perbelanjaan isi rumah akan mendapat manfaat daripada sokongan berterusan melalui pertumbuhan guna tenaga dan upah, serta langkah-langkah dasar kerajaan.
“Aktiviti pelaburan akan dipacu oleh projek berbilang tahun yang terus dilaksanakan dalam sektor swasta dan awam, berserta dengan pelaburan diluluskan yang terus direalisasikan serta pelaksanaan inisiatif pemangkin di bawah pelan induk nasional dan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).
“Dari segi faktor luaran, pertumbuhan eksport akan disokong oleh permintaan global yang stabil, terutamanya bagi barangan elektrik dan elektronik (E&E).
“Pertumbuhan juga akan disokong oleh peningkatan aktiviti pelancongan susulan pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026,” katanya dalam kenyataan hari ini berhubung…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
