Tindakan kejam seorang lelaki terhadap wanita orang kurang upaya (OKU) membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara 10 tahun serta lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bharu, pada Jumaat.
Rogol wanita OKU

Memetik laporan Berita Harian, hukuman itu diputuskan oleh Hakim Madihah Zainol selepas tertuduh, R Sivanesan, 39, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapannya.
Mengikut fakta kes, lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pengawal keselamatan didapati melakukan jenayah tersebut terhadap seorang wanita berusia 29 tahun di sebuah rumah di kawasan Skudai pada penghujung Januari lalu.
Mangsa dilaporkan mempunyai kekurangan dari segi pendengaran dan pertuturan selain mengalami kesukaran pembelajaran.
Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 376(2)(k) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun serta sebatan jika disabitkan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Nor Fadilah Johanuddin, manakala tertuduh diwakili peguam Omar Kutty Abdul…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: