Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pesara Kerajaan Berputih Mata ‘Hilang’ RM4.4 Juta Angkara Ditipu Pelaburan Kriptowang

today14 September 2023

Background


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Walaupun kita sudah berada di tahun 2023, masih lagi kedengaran kes-kes penipuan wang terutamanya berkaitan pelaburan palsu. Lebih mengerikan, jumlah wang yang ditipu boleh mencecah jutaan ringgit.

Artikel Berkaitan:

Terbaharu, seorang pesara kerajaan berputih mata apabila mengalami kerugian lebih RM4.4 juta gara-gara terpedaya dengan pelaburan kriptowang yang tidak wujud.

pelaburan kriptowang
Sumber Gambar: FMT

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Abdul Shukor, berkata siasatan awal mendapati lelaki berusia 60 tahun itu menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada nombor tidak dikenali.

Lalu, suspek memperkenalkan diri sebagai ejen pelaburan kriptowang yang berasal dari Singapura. Mangsa kemudian diterangkan pelan pelaburan dan dipujuk untuk menyertai pelaburan tersebut.

Selepas itu, mangsa diarahkan untuk membuat pendaftaran di laman web yang diberikan dan dijanjikan pulangan sebanyak lima hingga 10 peratus daripada nilai modal namun…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post

Luar Negara

Bayi setahun merangkak keluar dari lori remuk

Jakarta: Berpantang maut sebelum ajal. Itu perumpamaan sesuai bagi menggambarkan bayi berusia setahun yang merangkak keluar daripada lori yang berlanggar dengan satu lagi lori lain di Lampung, Sumatera, Indonesia, baru-baru ini. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today14 September 2023