Site icon Kool FM

Pesara Rugi RM142,300 Kena ‘Scam’ Nak Beli Pajero Murah


Di Terengganu, seorang pesara syarikat swasta kerugian RM142,300 setelah terpedaya dengan iklan jualan kereta pajero murah di Facebook Marketplace.

Pesara tersebut ditipu ketika berurusan untuk membeli sebuah kenderaan pacuan empat roda melalui media sosial.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, lelaki berusia 55 tahun itu tertarik dengan iklan jualan kenderaan jenis Mitsubishi Pajero di Facebook yang kononnya dilelong pihak bank dengan harga RM28,000 pada 13 Mei lepas.

Pesara tersebut kemudian menghubungi suspek melalui aplikasi WhatsApp kerana merasakan bahawa harga pajero itu sangat murah.

Mangsa membuat dua kali pindahan wang bagi tujuan deposit berjumlah RM6,450 serta pindahan ketiga bagi tujuan insurans sebanyak RM4,850 pada hari sama.

Dipetik dari sumber BERNAMA, Datuk Mohd Khairi berkata: “Mangsa juga diminta membuat pembayaran bagi pelepasan pihak kastam dan lelaki itu melakukan 26 kali pindahan wang yang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version