Site icon Kool FM

‘Pesawat Menjunam Tiba-Tiba, Ada Penumpang Melambung’ – Pelajar Malaysia Dalam Singapore Airlines

'Pesawat Menjunam Tiba-Tiba, Ada Penumpang Melambung' – Pelajar Malaysia Dalam Singapore Airlines


Pada hari semalam sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) telah melakukan pendaratan cemas di Bangkok selepas mengalami gelora udara melampau semasa berada di ruang udara Myanmar.

Memetik laporan Sinar Harian, terdapat 16 warga Malaysia dalam penerbangan SQ321 dari London ke Singapura.

Salah seorang penumpang warga Malaysia, Dzafran Azmir, 28 tahun berkongsi kepada portal mStar pengalaman dia mengharungi insiden yang sangat mengerikan itu.

“Pesawat menjunam secara tiba-tiba sehingga mereka yang duduk dan tidak memakai tali pinggang keledar tercampak (melambung) ke bahagian siling pesawat.

“Ada yang terhantuk kepala di kabin bagasi sehingga bahagian itu kemek. Mereka turut tercampak ke ruang-ruang lain, terdapat lampu serta topeng oksigen terkeluar dan pecah.

“Telefon bimbit saya terlepas jauh dari genggaman dengan barangan lain seperti kasut turut berselerak akibat gangguan itu,” katanya.

Menurut pelajar itu, kejadian itu berlaku…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version