Site icon Kool FM

Peserta Top 8 Calpis Soda OIAM, Jimi Berbesar Hati Dapat Duet Dengan Aina Abdul


Duet mereka bukan sahaja berjaya mencipta sebuah persembahan yang memikat hati penonton, malah para juri juga turut terpesona dengan keserasian dan kesungguhan yang ditampilkan.

Gabungan vokal Aina yang memukau dengan energi Jimi yang luar biasa mencipta satu persembahan yang tidak dapat dilupakan.

Juri tetap, Cakra Khan turut memuji persembahan mereka. “Suara kalian blended really well. Malam ini, kalian tampil dengan begitu memukau,” katanya.

Melihat duet ini sebagai peluang yang mempunyai cabaran dan kelebihannya, Jimi berkongsi pengalaman persiapannya.

“Latihan bersama Aina mudah kerana saya sudah bersedia terlebih dahulu. Semua berjalan dengan lancar dan Aina adalah seorang yang sangat rendah diri.

“Aina pesan, nikmati persembahan ini sepenuhnya dan anggap seperti persembahan kita sendiri. InshaAllah semuanya akan berjalan dengan baik,” katanya.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version