Pesta tersebut diadakan pada Khamis lalu, 16 Mei 2024 sempena meraikan ulang tahun festival itu yang pertama.
Ekoran itu, Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan pesta hiburan di atas gerabak keretapi milik (KTMB) adalah melampaui batas.
Menurut laporan Malaysia Gazette, beliau menyatakan pesta tersebut bertentangan dengan budaya ketimuran yang mengutamakan nilai tatasusila, kesopanan dan hiburan sederhana.
Malah, budaya berhibur melampaui batas seperti mana yang ditonjolkan dalam pesta hiburan itu sama sekali tidak mencerminkan nilai Rukun Negara dan mencemarkan nama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang merupakan aset negara bersejarah.
“Walau apa jua alasan digunakan bagi menjustifikasikan program ini, seperti contohnya bagi tujuan penjanaan kewangan, ia tetap tidak boleh diterima dan dilihat bertentangan dengan falsafah Malaysia Madani dibawakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan.
“KTMB merupakan salah satu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: