Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pesta Kad Kuning Warnai Aksi Republik Czech-Turkiye

today27 June 2024

Background


Turkiye menewaskan Republik Czech 2-1 awal pagi tadi dalam perlawanan yang cukup dramatik bagi mereka mara ke peringkat 16 terakhir Euro 2024.

Lebih mengejutkan, perlawanan ini diwarnai pelbagai insiden  apabila sebanyak 16  kad kuning dan 2 kad merah telah dilayangkan oleh pengadil.

Baca Juga:

Ini adalah rekod baharu dalam sejarah kejohanan.

Czech memerlukan kemenangan untuk menghidupkan peluang tetapi kad kuning kedua ke atas pemain tengah Antonin Barak menyukarkan misi mereka dan seterusnya tersingkir daripada kejohanan.

Dalam aksi sengit dan tegang menuju penamat, pemain Czech Tomas Chory turut dilayangkan kad merah beberapa saat sebelum wisel penamat.

Perancang Turki berusia 30 tahun, Calhanoglu meletakkan pasukannya di depan pada minit ke-50 dengan rembatan rendah melepasi jangkauan penjaga gol Jindrich Stanek. Gol itu yang pertama buat Calhanoglu dalam tiga penampilan di Euro.

Bagaimanapun, Tomas Soucek menyamakan kedudukan minit ke-66…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Sulaiman


Previous post