
Sambutan kejuaraan English Premier League (EPL) yang telah lama dinantikan oleh Arsenal dicemari oleh beberapa insiden kecemasan apabila ribuan penyokong membanjiri utara London untuk meraikan kejayaan pasukan kesayangan mereka itu.
Walaupun suasana keseluruhannya meriah selepas penantian selama 22 tahun untuk menjulang trofi tersebut, perkhidmatan kecemasan terpaksa bekerja keras menangani penyokong Arsenal yang memanjat bangunan serta penggunaan bahan piroteknik seperti suar dan bunga api di sepanjang jalanan.
Menurut sumber laporan Goal, London Fire Brigade (LFB) mendedahkan statistik yang mengejutkan daripada acara tersebut, dengan mengesahkan bahawa mereka terpaksa menyelamatkan “kira-kira 75 orang” yang berada di kedudukan tinggi dan berbahaya.
Dalam usaha untuk melihat dengan lebih dekat bas terbuka yang membawa Mikel Arteta dan skuadnya, ramai penyokong memanjat pokok, bumbung bangunan dan lampu isyarat, sehingga memaksa pihak berkuasa…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
