KUALA LUMPUR – Pesta Paragliding Kuala Kubu Bharu & Pertandingan Ketepatan Mendarat 2023 (Terbuka) yang akan berlangsung selama dua hari bermula Sabtu ini menyasarkan kehadiran seramai 6,000 pengunjung.
Pengarah Projeknya, Nazri Sulaiman berkata, pesta yang bakal menarik minat pelancong dalam dan luar negara itu bakal menggalakkan lagi kemasukan industri pelancongan di negara ini kerana aktiviti paragliding memiliki peminatnya tersendiri dari seluruh dunia.
Menurut beliau, daripada jumlah tersebut, lebih daripada 1,000 pengunjung luar negara disasarkan pada festival yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor di Taman Tasik Melinium, Kuala Kubu Bahru.

Jelasnya, festival itu akan melibatkan aktiviti pelancongan sukan udara seperti Paragliding Fun Fly, Tandem Paragliding, Aero Modeling, Persembahan Dron dan Paramotor Microlight.
“Festival ini bertujuan untuk mempromosikan produk dan program pelancongan yang dijalankan di dalam Selangor dan Malaysia dengan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
