PETALING JAYA – Permodalan Nasional Berhad melalui anak syarikat milik penuhnya, PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd. bakal meraikan Perayaan Muzik, Seni dan Warisan (Peszta) hari Sabtu ini di Kampung Attap, Kuala Lumpur.
Majlis yang akan diadakan berhampiran presint Merdeka 118 itu adalah kerjasama penganjuran antara Think City, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Yayasan Lim Yee Hoh bagi menghidupkan semangat Merdeka.
Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures, Tengku Datuk Ab. Aziz Tengku Mahmud berkata, Peszta adalah platform yang terbaik untuk meraikan Hari Merdeka ke-66 yang akan datang.
“Dalam kita bersiap sedia untuk pembukaan Merdeka 118, adalah lebih penting untuk kita menyokong dan memperkasakan komuniti di sekitar ini bagi mempamerkan dan mempertahankan warisan tempatan.

“Berdasarkan kejayaan Peszta pada tahun lalu, kami bertekad untuk mengadakan perayaan Kemerdekaan yang lebih bermakna lagi tahun ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: