Menurut Kapinga, rumah tangganya teratur kerana setiap isteri mempunyai rumah dan dapur masing-masing. Mereka bertani, makan dan bekerja bersama sebagai satu sistem keluarga yang tersusun.
“Ini bukan sekadar rumah, ia satu sistem yang berfungsi dengan baik,” katanya.
Bagi menampung kehidupan seharian keluarga besar itu, mereka bergantung sepenuhnya pada hasil pertanian dan ternakan sendiri. Mereka menanam jagung, kacang, ubi kayu dan pisang, serta menjual lebihan hasil untuk menampung keperluan lain.
Memiliki lebih 100 anak dan ratusan cucu, Kapinga mengakui dia tidak mampu mengingati kesemua nama mereka.
“Saya ingat kira-kira 50 nama, selebihnya saya kenal bila melihat wajah mereka saja,” katanya lagi.
Tambahnya, keluarga mereka sepatutnya lebih besar jika dikira termasuk 40 anak yang meninggal dunia akibat penyakit dan kemalangan.
“Saya sentiasa mengenang mereka yang telah tiada, tapi saya perlu teruskan hidup kerana masih ramai anak-anak yang memerlukan perhatian saya,” katanya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: