Site icon Kool FM

Petinju Wanita Itali ‘Akui’ Kesilapan, Mohon Maaf Kepada Khelif


Sukan tinju Olimpik dilanda kontroversi dengan tindakan petinju wanita Itali, Angela Carini yang meninggalkan gelanggang menentang lawannya Imane Khelif dari Algeria hanya selepas 46 saat tampil memohon maaf kepada lawannya dan menjelaskan keputusannya, lapor Yahoo News.

Khelif, salah seorang daripada dua atlet yang telah dibenarkan bertanding dalam acara tinju wanita di Paris, sebelum ini telah disingkirkan dari Kejohanan Dunia Wanita tahun lalu kerana gagal memenuhi kriteria kelayakan.

Namun, penyertaan Khelif dalam Sukan Olimpik kali ini tetap diteruskan setelah mendapat kebenaran daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Dalam wawancara bersama akhbar Itali, Gazzetta dello Sport, Carini, 25, menyatakan rasa kesalnya terhadap cara dia mengendalikan situasi selepas pertarungan itu.

“Semua kontroversi ini buat saya sedih,” katanya. “Saya juga mahu minta maaf kepada lawan saya. Jika IOC kata dia boleh bertanding, saya hormati…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version