PETALING JAYA – Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (Petron Malaysia) mencatat keuntungan bersih RM61 juta pada suku keempat 2021 naik 44 peratus lebih tinggi daripada RM42 juta suku yang sama tahun sebelumnya.
Peningkatan ketara itu didorong oleh jualan domestik yang lebih tinggi dan kecekapan yang dipertingkatkan.
Pengerusi Petron Malaysia, Ramon S. Ang berkata, permintaan keseluruhan meningkat dan volum jualan syarikat mencapai 7.2 juta tong dalam tempoh tersebut, tujuh peratus lebih tinggi berbanding dengan suku yang sama pada tahun sebelumnya.
“Dengan peningkatan harga minyak, pendapatan meningkat kepada RM3 bilion pada suku keempat daripada jumlah tahun lepas sebanyak RM1.5 bilion,” katanya dalam kenyataan.
Ramon menerangkan, untuk tahun 2021, Petron Malaysia menjana keuntungan bersih RM238 juta, iaitu pembalikan penuh daripada kerugian bersih RM13 juta yang ditanggung pada 2020, didorong oleh aliran meningkat harga minyak global, kecekapan yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
