KUALA LUMPUR – Petronas merekodkan untung selepas cukai berjumlah RM48.6 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021, berbanding kerugian selepas cukai RM21 bilion pada 2020, disokong harga bahan api yang semakin meningkat.
Perolehan berada pada paras RM248 bilion berbanding 39 peratus lebih tinggi berbanding RM178.7 bilion tahun sebelumnya, ini disebabkan impak harga yang menggalakkan bagi produk utama, sejajar dengan purata harga direalisasi yang lebih tinggi.
Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) pula meningkat 82 peratus kepada RM100.5 bilion, hasil daripada perolehan lebih baik, namun sebahagian daripadanya diimbangi peningkatan kos produk.
Petronas turut membayar dividen berjumlah RM25 bilion kepada kerajaan untuk tahun 2021.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, prestasi kukuh Petronas tahun lalu mencerminkan dedikasi tinggi oleh warga kerjanya.

Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: